Perbicangan Putin, Agong di Moscow 6 Ogos

Foto Hiasan/ FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Presiden Vladimir Putin akan mengadakan perbincangan dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, di Moscow pada 6 Ogos ini. Ini adalah lawatan negara buat julung kali oleh Ketua Negara Malaysia ke Russia sejak hubungan diplomatik terjalin pada 1967, lapor agensi berita TASS.

Menurut perkhidmatan berita Kremlin, pertemuan itu akan memberi tumpuan kepada pengukuhan hubungan Russia-Malaysia serta membincangkan perkembangan semasa serantau dan antarabangsa.

“Perbincangan antara Presiden Russia, Vladimir Putin dan Sultan Ibrahim dijadual berlangsung pada 6 Ogos di Moscow. Kedua-dua pemimpin akan membincangkan usaha memperkukuh hubungan Russia-Malaysia serta isu semasa serantau dan antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan berasingan yang dikeluarkan pada Sabtu, Istana Negara memaklumkan bahawa Sultan Ibrahim akan mengadakan lawatan negara ke Russia dari 5 hingga 10 Ogos atas jemputan Putin.