
Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus adalah satu langkah yang berhemah dan proaktif di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, langkah yang diambil itu berpandukan unjuran ekonomi dan inflasi semasa yang teliti.
“Walaupun sektor eksport menghadapi cabaran, kerajaan telah melaksana pelbagai ikhtiar sokongan termasuk Skim Jaminan Pembiayaan untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana dan penerokaan pasaran baru,” katanya melalui hantaran di laman X.
Beliau juga berkata, reformasi di bawah Ekonomi Madani terus mengukuhkan daya tahan negara apabila kadar inflasi sehingga Mei 22025 turun ke 1.2 peraatus, iaitu terendah dalam tempoh 51 bulan.