Penjenayah Dikejar hingga R&R Behrang

Foto Majoriti

BEHRANG: Polis mengejar dan memintas kenderaan penjenayah di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Hentian Rawat dan Rehat (R&R) di sini, tengah hari semalam.

Dalam video yang tular di media sosial, dua kereta dipercayai dinaiki anggota polis mengejar sebuah MPV yang dipandu melawan arus sebelum suspek memasuki semula lebuh raya berkenaan.

Bagaimanapun MPV dipandu suspek berjaya dipintas dan dihalang sebelum pemandunya ditarik keluar oleh anggota polis dari dalam kenderaan berkenaan.

Suspek kemudian diarahkan berbaring di bahu jalan sebelum pihak polis melakukan pemeriksaan pada kenderaan suspek.

Saksi kejadian memaklumkan terdengar bunyi tembakan dipercayai dilepaskan polis bagi menghalang tindakan berbahaya suspek.