Penilaian Open Data Inventory/Malaysia di tempat pertama

Foto Fb Dr Uzir Mahidin

Malaysia mencatat sejarah apabila menduduki tempat pertama dalam penilaian open data inventory 2024-2025, satu pengiktirafan global yang membanggakan.

Menteri Komunikasi mengucapkan tahniah kepada Open Data Inventory Malaysia (ODIN) atas pengiktirafan itu,

“Ini adalah pencapaian yang sangat membanggakan apabila negara kita berada di kedudukan nombor satu daripada 198 negara yang dinilai,” katanya.

Menurutnya, kejayaan itu adalah hasil kerjasama bersepadu agensi kerajaan walaupun masih ada ruang untuk diperbaiki.

Laporan ODIN menilai dua aspek utama, iaitu liputan dan keterbukaan dan beberapa sektor seperti kesihatan, keterjaminan makanan dan nutrisi kenal pasti masih boleh diperkukuh.