Pengubahan Wang Haram RM2.5b: SPRM Pantau IJM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR: IJM Corporation Bhd dipantau oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan dakwaan membabitkan skim pengubahan wang haram berjumlah RM2.5 bilion.

Sumber memaklumkan bahawa seorang anggota pengurusan tertinggi syarikat yang bergelar Tan Sri serta seorang penasihat syarikat dikenal pasti sebagai individu berkepentingan.

“Pasukan penyiasat kini sedang mengumpul maklumat lanjut berkaitan dakwaan berkenaan sebelum satu siasatan rasmi dibuka,” katanya.

Sebelum ini, Pejabat Penipuan Serius United Kingdom (SFO) (Serious Fraud Office) dilapor melancarkan siasatan terhadap dakwaan pengubahan wang haram dan rasuah melibatkan transaksi pelaburan bernilai berbilion ringgit yang dikaitkan dengan dua eksekutif berkenaan.

Difahamkan, kedua-dua individu terbabit kini berada di luar negara.