Penggiliran jawatan 18 bulan babit kedudukan berisiko ATM

Foto BH

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan
penggiliran jawatan selama 18 bulan dengan tegas membabitkan kedudukan berisiko tinggi, kata Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman.

Beliau berkata ia adalah langkah pencegahan tambahan bagi mengekang ketirisan.

“Pengukuhan mekanisme semak dan imbang dalam proses perolehan serta sebut harga juga hendaklah dilaksanakan selaras dengan Arahan Pegawai Pengawal Bilangan 1 Tahun 2026, bagi membendung ketirisan serta mencegah sebarang salah laku.

“Audit Pengurusan Standard ATM perlu dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan, dengan audit khas dijalankan apabila terdapat petunjuk risiko.
“Setiap kelemahan yang dikenal pasti hendaklah disusuli tindakan pembetulan dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya ketika menyampaikan Perintah Ulung Panglima Angkatan Tentera Ke-24 di Kem Perdana Sungai Besi, di sini.

Menurutnya, hanya individu yang tepat akan dilantik kepada jawatan yang sesuai dan menegaskan setiap kelemahan sudah dikenal pasti mesti disusuli tindakan pembetulan dalam tempoh sewajarnya.