
KUALA LUMPUR: Mohd Hakim Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dakwaan menyalahgunakan harta pertubuhan itu berjumlah RM207,000, tujuh tahun lalu.
Bekas Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim itu didakwa menyalahgunakan wang derma bantuan misi kemanusiaan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Myanmar, Yaman, Syria dan Palestin.
Mohd Hakim, 39, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim, Azrul Darus.
Terduduh didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan harta milik pertubuhan itu di Maybank Islamic Berhad, Cawangan Kompleks Dayabumi, Jalan Sultan Hishamuddin di sini pada 27 Disember 2019.
Tuduhan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara di antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.