Pengasas eHati Bukan Kaunselor Berdaftar

Foto FB Diyana Tahir/ LKM

Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) hari ini mengesahkan bahawa pengasas program motivasi rumah tangga eHati International Sdn Bhd (eHati), Diyana Tahir, bukan seorang kaunselor berdaftar dan tidak berdaftar dengan LKM.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan media di Facebook susulan isu tular yang mendakwa pengasas eHati berkenaan seorang kaunselor berdaftar.

LKM dalam kenyataannya menegaskan bahawa perkhidmatan kaunseling hanya boleh dijalankan oleh seorang kaunselor yang berdaftar sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kaunselor 1998 (Akta 580).

Jelasnya, sebarang pelanggaran terhadap peruntukan itu merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.