Pengail Maut Diterkam Buaya

Gambar Hiasan

Mayat pengail, Jacob Tuan, 32, yang diserang buaya ketika memancing di Sungai Maong, Jalan Matang, Kuching malam kelmarin ditemui kira-kira 300-meter dari lokasi kejadian.

Operasi mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai agensi menemui mayat mangsa keesokan harinya.

Mangsa cedera akibat diserang buaya dan kematian diklasifikasi sebagai kematian mengejut. Mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak.

Ketua Polis Daerah Padawan Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata mangsa sedang memancing bersama bapa mertuanya apabila buaya membaham dan menariknya ke dasar sungai .