Penerbangan Malaysia Airlines ke Jeddah, Madinah disambung

Foto Fail / Bloomberg

KUALA LUMPUR: Operasi penerbangan AMAL, iaitu unit haji dan umrah Malaysia Airlines ke Jeddah dan Madinah akan disambung semula berkuatkuasa semalam.

Tempoh singkat perkhidmatan terhad itu berikutan penutupan ruang udara di Asia Barat.

Malaysia Aviation Group (MAG) menyatakan penerbangan ke Doha bagaimanapun akan terus digantung hingga 13 Mac ini berikutan syarikat penerbangan masih menilai situasi keselamatan.

Penumpang dinasihatkan mengemas kini maklumat hubungan melalui ‘My Booking’ atau mendapatkan bantuan melalui Live Chat laman web Malaysia Airlines, atau menghubungi Pusat Perhubungan Global melalui talian 1 300 88 3000 (dalam Malaysia) atau +603 7843 3000 (luar Malaysia).

Menurut kenyataan itu, Malaysia Airlines terus memantau perkembangan dan akan mengambil semua langkah perlu bagi memastikan operasi selamat serta boleh dipercayai.