Penerbangan KL-Moscow/Anwar minta Aeroflot sambung

Foto X Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa syarikat penerbangan Russia, Aeroflot menyambung semula penerbangan terus ke Malaysia untuk meningkatkan kesalinghubungan dana mengukuh rakyat dengan rakyat kedua-dua negara.

Perkara itu dibangkitkan dalam pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya, Mikhail Mishustin di Moscow.

Menurutnya, hubungan udara yang lebih baik akan menyokong pelancongan, pendidikan dan hubungan perniagaan di antara rakyat Malaysia dan Russia.

“Kami membincangkan kemungkinan menyambung semula penerbangan terus Aeroflot ke Malaysia dan langkah lain untuk mengukuhkan hubungan rakyat dengan rakyat,” katanya.