Penduduk Malaysia 34 juta/71 % umur 60 ke atas.

Sumber: Bernama

Jumlah penduduk Malaysia kini sudah mencecah 34 juta mengikut statistik yang dikeluarkan pada suku pertama tahun lalu oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Menurut jabatan itu, ini adalah pertambahan 2.3 peratus daripada suku pertama 2023.

Data yang dikeluarkan oleh jabatan itu juga menunjukkan jumlah warganegara ialah 30.6 juta (90 peratus) dan bukan warganegara 3.4 juta (10 peratus) manakala nisbah jantina penduduk ialah 111 (lelaki):100 perempuan.

Bilangan warga lelaki meningkat 400 ribu menjadi 17.8 juta sementara perempuan pula meningkat 300 ribu menjadi 16.1 juta.

Dari segi pecahan kaum, penduduk Melayu adalah 57.9 peratus, Cina 22.5 peratus, Bumiputera lain 12.2 peratus dan India 6.6 peratus.

Bilangan kelahiran berjumlah 106,386 dengan Selangor mencatat kelahiran tertinggi iaitu 19,951 manakala kelahiran terendah ialah Labuan (323).

Penduduk yang berumur 60 tahun ke atas ialah 71 peratus, 41 hingga 59 tahun 19.8 peratus, 15 hingga 40 tahun tujuh peratus dan 0-14 tahun 2.2 peratus.