
PUTRAJAYA: Penekanan aspek nilai, moral dan prinsip etika perlu diterapkan dan bukan sekadar pengetahuan semata-mata, kata Datu Seri Anwar brahim.
Perdana Menteri menegaskan demikian susulan beberapa insiden membabitkan buli serta rogol akhir-akhir ini.
Menurutnya, ketika ini sistem pendidikan sedia ada mempunyai kecacatan.
“Macam (isu) buli. Ini baru saya umum hari Jumaat, umum pasal buli memang keputusan dah dibuat, menteri dah sebut…(kejadian) rogol lagi di sekolah.
“Sampai tiap majlis saya di Tambun, satu hari, hari Sabtu jumpa ada dua program di sekolah, itu saya tekankan masalah buli,” katanya pada Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi Bulan Oktober di sini, semalam.’
Perdana Menteri berkata, kejadian seumpana itu mencerminkan kelemahan sistem pendidikan negara yang terlalu menekankan aspek ilmu pengetahuan semata-mata tetapi mengabaikan nilai moral dan etika yang menjadi asas pembentukan insan berakhlak.
“Pendidikan tanpa nilai, tanpa prinsip moral dan etika itu ada kelemahannya.
“Bukan salah guru sahaja, ibu bapa jadi mudah-mudahan kita ada tekad lakukanlah sebaiknya untuk kita, untuk keluarga kita untuk masyarakat kita untuk negara kita,” katanya.
Pada pembentangan Belanjawan 2026 Jumaat lalu, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) membabitkan usaha membangunkan Kerangka Antibuli Sekolah (SAFE), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tambah CCTV.