
KUALA LUMPUR: Jumlah pendapatan pelaburan RM63.99 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2025, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat 11 peratus berbanding RM57.57 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2024.
Jumlah pendapatan pelaburan bagi suku ketiga berakhir 30 September 2025 adalah sebanyak RM25.07 bilion, meningkat 27 peratus berbanding RM19.67 bilion pada suku yang sama tahun sebelumnya.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn, berkata pertumbuhan 11 peratus dalam jumlah pendapatan pelaburan serta 12 peratus dalam aset di bawah pengurusan adalah hasil pelaksanaan alokasi aset strategik yang membolehkan KWSP mengambil peluang daripada pemulihan pasaran ekuiti pasca ‘Liberation Day’.
“Kami yakin terhadap kekuatan ekonomi Malaysia, yang merangkumi 61 peratus portfolio KWSP, di samping melaksanakan strategi pelaburan global yang menyumbang 53 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan pada suku ini,” katanya.