
KUALA LUMPUR: Suasana hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 meriah, bak festival kebudayaan
Beberapa calon serta penyokong hadir menggayakan pelbagai busana tradisional masyarakat Sabah, menambah seri persekitaran 25 pusat penamaan calon (PPC).
Antara yang mencuri tumpuan ialah calon Parti Warisan (Warisan) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid, Lucia Kihing, 49, yang hadir di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Nabawan, Pensiangan dengan memakai pakaian tradisional etnik Dusun Lobu.
Turut menarik perhatian ialah calon Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) bagi DUN Tungku, Suling Isib, 43, yang tampil berpakaian tradisional etnik Dusun Begak ketika tiba di PPC di Dewan Perdana, Lahad Datu