Pembangkang tak Faham Konteks Inisiatif

Foto PMO

Pemberian RM100 secara sekali beri kepada setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan khususnya bagi golongan berpendapatan rendah di luar bandar, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, Perdana Menter membidas segelintir Ahli Parlimen dari blok pembangkang yang mempertikaikan jumlah bantuan itu dengan menyifatkan mereka tidak memahami keseluruhan konteks inisiatif yang diumumkan kerajaan.

“Semalam saya umumkan beberapa langkah tambahan, tak apalah singgung, politik itu tak apa lah. RM100 sahaja, ya lah…kamu gaji RM20,000 sebulan, RM40,000 sebulan. RM100 tak ada apa-apa, tapi saya tahu kalau kita pergi ke kampung, ada. Ini tambahan. Seolah-olah yang dia bagi, kalau tengah dengar beberapa Ahli parlimen pembangkang di Parlimen, RM100 je? RM100 je, dia tak baca ke.

“Bila saya sebut rabun mata dia marah, baru ini tambahan dari RM13 bilion jadi RM15 bilion untuk tahun ini untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA,” katanya.