
Asean, Majlis Kerjasama Teluk dan China yang membentuk gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS$24.87 trilion dan penduduk 2.15 bilion menawarkan peluang besar untuk usaha sinergi pasaran, meningkatkan inovasi dan menggalakkan pelaburan rentas sempadan, kata Pengerusi Asean, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau juga menegaskan sistem multilateralisme harus dipertahankan dengan memastikan model geoekonomi Asean-GCC-China terus memainkan peranan lebih bermakna.
Menurutnya, perkara itu amat penting dalam membentuk masa depan lebih inklusif serta mampan bagi mendepani cabaran global secara kolektif.
Sidang kemuncak Asean-GCC-China menjadi tumpuan utama pada hari akhir Sidang Kemuncak Asean ke-46.