Pelantikan Perlu Dibuat Berhati-hati: Sultan

Foto Fb Selangor Royal Office

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini bertitah proses pelantikan Ketua Hakim Negara serta presiden Mahkamah Rayuan perlu dibuat secara berhati-hati.

Titah baginda, Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-269 berlangsung dan
berjalan dengan lancar serta baik.

Sultan Sharafuddin yang bertindak sebagai pengerusi mesyuarat itu menambah, antara agenda utama yang dibincangkan ialah rundingan bagi pelantikan jawatan hakim-hakim kanan.

Selain Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan, titah baginda, mesyuarat itu turut membincangkan pelantikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak serta hakim-hakim mahkamah atasan.