Pelantikan Marhamah: Orang Ramai diminta Tabayyun

Foto Bernama

PUTRAJAYA: Pelantikan Marhamah Rosli sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) adalah keputusan yang melalui pertimbangan bijaksana dalam memperkukuh pengurusan dan agenda hal ehwal Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan berharap orang ramai tidak bersikap terlalu menghukum atau membuat penilaian terburu-buru terhadap isu yang tular di media sosial.

Beliau berkata, masyarakat perlu mengamalkan sikap tabayyun dengan membuat siasatan serta pengesahan terhadap setiap maklumat yang diterima, selain tidak mudah terpengaruh dengan berita palsu atau khabar angin.

“Kita perlu melihat sesuatu isu daripada sudut yang lebih adil dan menapis maklumat dengan beretika supaya keputusan yang dibuat tepat, adil serta bermanfaat kepada diri dan masyarakat,” katanya.