
Pelantikan Ketua Hakim Negara dan beberapa hakim kanan seperti diperkenankan Yang di-Pertuan Agong membuktikan proses kehakiman kekal bebas sekali gus menepis fitnah jahat kononnya wujud campur tangan dalam proses terbabit.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pelantikan berkenaan dibuat melalui proses yang telus termasuk dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja.
“Sidang Majlis Raja-Raja kali ini dengan sendirinya membuktikan bahawa pertamanya proses berjalan baik, keduanya kita tunduk kepada prinsip Perlembagaan Persekutuan Perkara 122B, berbeza dengan tohmahan yang berlaku sebelum ini.
“Jadi saya harap dengan penjelasan ini dan keputusan baik Majlis Raja-Raja yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong padamlah fitnah dan keluh kesah yang berlaku sebelum ini, berminggu-minggu dikecam dan difitnah,” katanya.