
PASIR MAS: Seorang pelajar tingkatan tiga cedera selepas dipercayai dipukul, seluar dilondeh dan nyaris dijerut dengan dawai oleh sekumpulan pelajar di sebuah sekolah di sini, semalam.
Kejadian dikatakan didalangi enam pelajar tingkatan empat kira-kira jam 10 pagi sebelum disedari guru yang melalui kawasan berkenaan.
Ibu saudara mangsa menerusi Facebook mendakwa anak saudaranya ditampar, dipukul dan seluar dilondeh.
Beliau mendakwa, anak saudaranya nyaris dijerut dengan dawai sebelum kejadian disedari guru yang secara kebetulan melalui lokasi berkenaan.
“Anak saudara saya ditendang, ditumbuk, dipukul, ditampar, seluar dilondehkan paras lutut, leher hampir dijerut dengan dawai.
“Jika guru tidak lalu, mungkin anak saudara saya sudah mati di tangan pembuli,” kataya.