Pelajar dakwa dibuli di asrama

Foto Hiasan/BeritaRTM

Seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah berasrama penuh di Besut, Terengganu mendakwa menjadi mangsa buli beberapa pelajar senior, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad berkata kejadian berlaku pada jam 11.30 malam manakala remaja berusia 14 tahun itu membuat laporan polis semalam.

“Mangsa diarah duduk separa mencangkung dan diletakkan selipar di kepala selama 40 minit, ditumbuk di perut dan ditampar.

“Kejadian itu menyebabkan pengadu sakit di perut dan rusuk kanan serta lebam di belakang badan,” katanya.