Pelaburan Diluluskan RM426.7 billion

Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Malaysia catat pelaburan diluluskan menecah RM426.7 billion tahun lalu, rekod tertinggi dalam sejarah dengan menyaksikan peningkatan 11 peratus, berbanding tahun 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sebanyak 8,390 projek diluluskan, dengan potensi mewujudkan 244,902 peluang pekerjaan.

Pelaburan domestik kekal kukuh, berjumlah RM219.6 bilion, merangkumi 51.5 peratus daripada keseluruhan pelaburan negara.

“Pada masa sama, pelaburan asing melonjak 20.9 peratus kepada RM207.1 bilion, mencerminkan keyakinan pelabur tempatan dan antarabangsa terhadap kestabilan, dasar yang jelas serta hala tuju ekonomi Malaysia”.

Menurut Anwar, semua nilai pelaburan yang diperoleh itu bukan sekadar angka, sebaliknya bukti keyakinan dunia terhadap Malaysia dan agenda pembaharuan yang sedang dilaksanakan kerajaan.

“Kita akan terus bekerja keras memastikan seluruh rakyat merasai nikmatnya,” katanya.