Pelaburan Digital Melonjak 125 Peratus

Foto Hiasan FB Gobind Singh Deo

Pelabaurana digital di bawah Malaysia Digital, inisiatif strategik nasional meningkat 125 peratus kepada RM29.47 bilion pada suku kedua 2025 berbanding RM13.11 bilion padaa suku pertaama 2025.

Ia mengesahkan kedudukan negara sebagai lokasi pilihan pelaburana digital asing di Asean.

Sehingga Jun 2025, sejumlah 261 syarikat yang diluluskan di bawah inisiatif Malaysia Digital telah komited secara kolektif RM42.58 bilion dalam pelaburan dengan potensi untuk menjana 17,495 pekerja mahir dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo menyifatkan momentum itu susulan pertumbuhan luar biasa yang menunjukkan kesediaan digital negara, kekuatan ekosistem dan keyakinan pelabur.