
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan melaksanakan caruman mandatori bagi pekerja asing bermula Oktober sebagai langkah memperkukuh perlindungan sosial dan menyokong amalan pekerjaan lebih adil selaras piawaian antarabangsa.
Kenyataan KWSP memaklumkan caruman akan diwajibkan untuk semua pekerja bukan warganegara Malaysia yang mempunyai passport dan pas kerja sah Jabatan Imigresen kecuali pembantu rumah.
“Pelaksanaan undang-undang ini berkuatkuasa bermula gaji Oktober 2025. Kadar caruman bagi pekerja dan majikan masing-masing ditetapkan pada dua peratus daripada gaji bulanan.
“KWSP sedang giat melakukan usaha libat urus dan rundingan bersama majikan serta pihak berkepentingan utama bagi memastikan kesiapsiagaan menyeluruh menjelang pelaksanaan undang-undang baru itu,” kata kenyataan itu.