PDRM Cari Kotak Hitam Helikopter Terhempas

Foto Bernama

Polis Diraja Malaysia sedang berusaha mendapatkan maklumat daripada kotak hitam helikopter yang terhempas di perairan Sungai Pulai, Gelang Patah, Johor.

Bantuan pakar dari CAAM Maritim Malaysia dan pihak ketiga diperlukan untuk menaikkan bangkai pesawat itu dari kedalaman sekitar 25 kaki.

Lima anggota PDRM terbabit dalam insiden itu, dua daripada mereka kritikal dan tiga lagi stabil serta dirawat di Hospital Sultanah Aminah.

Nahas berlaku ketika helikopter berkenaan menjalani simulasi lintas hormat sempena latihan Multilateral Nuclear Security Detection (MITSATOM2025).