Pasport menantu Muhyiddin sudah dibatalkan

Foto Sinar Harian

PUTRAJAYA: Pasport menantu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang melarikan diri ke luar negara, sudah pun dibatalkan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata pembatalan itu dilakukan oleh Jabatan Imigresen.

“Sudah, sudah (pasport Muhammad Adlan sudah dibatalkan. Saya diberi faham oleh Jabatan Imigresen bahawa SPRM pernah mengangkat permohonan untuk membatalkan permohonan individu tersebut (menantu Muhyiddin).

“Hal itu (pembatalan pasport) telah pun dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen. Yang itu saya boleh sahkan,” katanya tanpa menyatakan bila pembatalan pasport itu dibuat.

Sebelum ini, SPRM memaklumkan bahawa Adlan dipercayai tinggal di sebuah negara yang tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Malaysia.