Pasaran serantau lebih lancar menerusi ATIGA: Anwar

Foto PMO

KUALA LUMPUR: Dinaik taraf dan akan ditandatangi di Sidang Kemuncak Asean ke 47, Perjanjian Perdagangan Barangan Asean (ATIGA) bakal mewujudkan pasaran serantau lebih lancar dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perjanjian itu akan turut membuka peluang kepada skala, kecekapan dan kesempatan baharu bagi perniagaan serta pekerja di rantau ini.

“Keamanan dan kemakmuran relatif yang dinikmati Asean selama hampir enam dekad bukan sesuatu yang dapat dikekalkan dengan sendiri.

“Ia mesti diperbaharui melalui kerjasama dan diperkukuh dengan matlamat yang sama.

“Itulah sebabnya Asean memperdalam lagi hubungan ekonomi, memperluas perdagangan dan meningkatkan daya saingnya,” katanya ketika berucap pada majlis pembukaan Sidang Kemuncak Asean ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di sini, hari ini.