Pahang lucut 1,082 hak milik tanah

Pahang melucutkan 1,082 hak milik tanah apabila pemiliknya gagal menjelaskan tunggakan cukai tanah berkenaan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata daripada jumlah itu 838 pemilik tanah tidak mengemukakan permohonan bagi pembatalan pelucutan hak.

Menurutnya, berdasarkan rekod terkini, jumlah kutipan hasil penalti berkaitan tunggakan cukai tanah yang dikutip mencecah RM1.4 juta.

“Ini bermakna bukan sahaja tanah dikerjakan secara tidak sah malah tanah tidak bayar cukai pun boleh dirampas,” katanya baru-baru ini.

Katanya, Notis Tuntutan Borang 6A dikeluarkan kepada pemilik tanah yang ingkar ini sebagai peluang untuk mereka menjelaskan tunggakan cukai tanah masing-masing.