NUTP lega fungsi asal SSDM dikembalikan

Foto Hiasan / Ohmedia

KUALA LUMPUR: Guru-guru disluru negara lega apabila Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) dikembalikan kepada fungsi asalnya.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyifatkan keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) mengembalikan SSDM kepada fungsi asalnya sebagai langkah paling tepat malah melegakan guru di seluruh negara.

Presiden NUTP, Aminuddin Awang, berkata SSDM menjadi antara rungutan utama guru apabila terpaksa merekodkan ribuan amalan baik murid dalam sistem berkenaan sehingga menambah beban kerja, sedangkan fungsi asalnya hanya bagi merekod salah laku pelajar.

“Jadi apabila Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, memaklumkan sistem itu akan dikembalikan kepada fungsi asalnya, kami percaya ini satu berita yang sangat melegakan guru-guru di seluruh negara,” katanya pada sidang media selepas Konvensyen Suara Guru Malaysia, di Auditorium Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya (UM), di sini, semalam.

Terdahulu, Fadhlina dilaporkan berkata langkah penambahbaikan itu membolehkan guru memberi tumpuan kepada tanggungjawab utama khususnya pelaksanaan Kurikulum BaSistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) kepada fungsi asalnya sebagai langkah paling melegakan guru di seluruh negara.
ru Sekolah Rendah dan Menengah pada 2026 dan 2027.