
Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, berkata beliau dan suaminya menunaikan ibadah haji dengan duit sendiri.
Dalam satu hantaran melalui Facebook, Izzah memaklumkana mereka menunaikan ibadah haji itu menggunakan visa mujamalah.
“Banyak mesej berkaitaan fitnah dikirim kepada saya. Bila sesuatu tidak benar tersebar, ia perlu diperbetulkan.
“Alhamdulillah, saya dan suami berpeluang menunaikan ibadah haji sebagai tetamu Allah melalui visa mujamalah. Saya naik pesawat komersial, tiada jet peribadi seperti yang difitnah,” katanya.