
Jabatan Mufti Negeri Pahang memandang serius terhadap penularan fahaman `New Age Movement’ yang sudah mula menyusup ke dalam masyarakat Islam, khususnya melalui platform motivasi, pembangunan diri, rawatan alternatif dan pembangunan spiritual.
Muftinya, Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim, berkata ini kerana gerakan itu membawa unsur yang bercanggah dengan akidah Islam seperti pantheisme, reinkarnasi, pluralisme agama, penyelewengan wahyu dan syariat.
“Gerakan ini begitu mudah menyerap ke dalam kursus pembangunan kendiri, seminar healing dan latihan minda yang kelihatan seolah-olah neutral.
“Tetapi sebenarnya mereka membawa ajaran yang terpesong dari akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.