Nazir puji kerajaan Madani

Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan Asean (Asean-BAC), Tan Sri Nazir Razak, memuji pendekatan Malaysia menangani tarif Amerika Syarikat dan menyifatkan ia harus menjadi teladan kepada negara lain di rantau ini.

Menurutnya, kematangan diplomasi Malaysia dalam menangani isu tarif Amerika Syarikat melalui pendekatan yang tenang, perundingan berstrategi dan perancangan semula.

Nazir menekankan beberapa negara bertindak balas terlalu cepat terhadap isu tarif, yang boleh menggugat kepentingan ekonomi Asean.

Asean-BAC sedang mengusulkan beberapa inisiatif kepada pemimpin Asean termasuk projek Asean Business Entity dan pasaran swasta.

“Saya jarang puji tapi Kerajaan Madani memang bijak tangani. Kematangan diplomasi Malaysia untuk berunding berbeza jika dibandingkan dengan beberapa negara lain yang terus bertindak balas,” katanya.