Namewee dibebaskan, tiada bukti kait pembunuhan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR: Namewee, 42, atau Wee Meng Kee dibebaskan dengan jaminan polis berikutan tiada petunjuk kukuh yang dapat mengaitkananya dengan punca kematian pempengaruh wanita warga Taiwan.

Jabatan Peguam Negara memaklumkan Namewee ditawarkan jaminan polis dan setakat ini tiada sebarang petunjuk kukuh yang dapat mengaitkan individu berkenaan secara langsung dengan punca kematian pempengaruh wanita warga Taiwan berusia 31 tahun.

“Bagaimanapun, siasatan berhubung kes itu masih belum selesai dan sedang giat diteruskan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Jabatan Peguam Negara turut mengesahkan arahan untuk siasatan lanjut dikeluarkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengumpul lebih banyak maklumat dan melengkapkan kertas siasatan.