Nakba 77: Berarak Untuk Keadilan

Foto Zahim Mohd/NurPhoto via Reuters

Jumaat ini, bersamaan 16 Mei, BDS Malaysia dan pelbagai NGO tempatan akan menganjurkan perarakan Protes Hari Nakba bermula dari Suruhanjaya Tinggi British ke Kedutaan Amerika. Protes Hari Nakba itu akan bermula dari jam 2.15 petang hingga 5 petang.

Nakba bermula pada tahun 1943 tetapi ia tidak pernah berakhir, 77 tahun penindasan dan 77 tahun perjuangan. Ia berterusan dengan setiap bom digugurkan, setiap rumah dirobohkan, setiap nyawa diragut di Gaza dan Tebing Barat.

Mereka akan berarak untuk menyatakan cukup pembunuhan beramai-ramai, cukup pembersihan etnik dan cukuplah berdiam diri.

NGO-NGO berkenaan berarak bersama untuk menentang penindasan, berdiri untuk keadilan dan bergerak bersama Palestin.

Perhimpunan itu dianjurkan selaras dengan Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012).