
PONTIAN: Siapa yang tidak terkejut apabila ikan yang dipancing, mayat yang tersangkut pada mata kail.
Itulah yag dialami seorang pemancing apabila mayat hanyut tersangkut pada mata kailnya ketika memancing di Pantai Sungai Buntu, Penerok, di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussein Mion Hussain, berkata dalam kejadian jam 7 malam itu, pemancing berkenaan menarik objek berkenaan ke tebing dan mendapati objek itu adalah badan manusia.
Katanya, siasatan awal terhadap keadaan fizikal mangsa lelaki mendapati tiada sebarang unsur jenayah.
“Semasa penemuan, mangsa memakai pakaian lengkap, berseluar pendek dan beg pakaian berwarna hitam dan juga satu beg silang di bahu.
Hasil pemeriksaan lanjut turut menjumpai pasport dan kad pengenalan Indonesia yang didaftarkan atas penama Noto dengan nombor B2188882 dan berusia 52 tahun,” katanya.