
Waris sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan tragis di Jalan Chikus Sungai Lampan, Teluk Intan akan menerma pampasan serta bantuan kewangan berjumlah di antara RM58,000 hingga RM269,700.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata bantuan itu termasuk RM25,000 melalui Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara.
Sementara itu, Kerajaan Negeri Perak juga akan menyalurkan bantuan awal kepada keluarga mangsa. Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata sumbangan itu sebagai tanda keprihatinan dan untuk meringanakan beban keluarga terbabit.
Selasa lalu, sembilan anggota FRU maut apabila truk yang mereka naiki bertembung dengan lori yang membawa kerikil.