
Polis mengesahkan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terkorban dalam nahas di Jalan Chikus-Sungai Lampam dekat Teluk Intan .
Ketua Polis Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkataa, lapan maut di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal di hospital. Lima lagi anggota cedera ringan.
“Semua yang maut dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat,” katanya.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sayani Saidon pula berkata operasi menyelamat masih diteruskan dan beberapa anggota yang berjaya dikeluarkan sudah dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk dirawat.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori FRU yang membawa 18 anggota, termasuk pemandu bertembung dengan lori muatan batu, menyebabkan ramai mangsa tersepit.