
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak jika berlaku unsur rasuah atau penyelewengan dalam proses perolehan atau pelaksanaan inisiatif MyKiosk.
Kementerian itu memaklumkan pihaknya mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berkaitan inisiatif tu.
Menurut kementerian itu, langkah bekenaan penting untuk memastikan setiap usaha kerajaan dilaksanakan secara telus, bertintegriti dan bebas daripada unsur rasuah.
Kementerian itu juga menjelaskan semua perolehan serta perlantikan kontraktor MyKiosk dilaksanakan oleh 133 pihak PBT melalui sebut harga terbuka.