Muhyiddin Juga Perlu Minta Maaf:Anwar

Foto PMO

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin juga perlu meminta maaf kepadanya berikutan banyak membuat tuduhan serta fitnah terhadap beliau.

Perdana Menteri berkata, Ahli Parlimen Pagoh itu banyak membuat tuduhan kononnya kerajaan pimpinannya zalim dan tidak memberi peruntukan kepada Kelantan, sama ada di dalam atau luar Parlimen.

“Beliau juga perlu memohon maaf kerana banyak tuduhan serta fitnah dilemparkan termasuk mendakwa kerajaan ketika saya memimpin bersikap zalim kerana tidak menyalurkan peruntukan kepada Kelantan, seperti disebut di dalam dan di luar Parlimen,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Forum Undang-Undang Asean 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini semalam.

Hadir sama, Setiausaha Agung Asean, Dr Kao Kim Hourn dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.