
Lebih 60,000 tiket bagi perlawanan Manchester United dengan gabungan bintang-bintang Asia Tenggara sudah terjual setakat ini.
Sambutan luar biasa itu menjanjikan kemeriahan perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berkapasiti 80,000 penonton.
Aksi itu nanti bukan sekadar perlawanan persahabatan malah simbol penghargaan kepada penyokong Red Devils selepas musim penuh kekecewaan.
Ketibaan pasukan MU disambut meriah oleh peminat-peminat kelab itu yang bersorak sebaik bas rasmi yang membawa pemain MU tiba di perkarangan hotel.