MPI Mahu Jadi ‘Jambatan’ Masa Depan Kewartawanan Malaysia

Foto Malaysia Press Institute

Putra Heights: Presiden Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Yong Soo Heong, menegaskan institusi itu komited untuk terus menjadi rujukan utama dalam memacu pembangunan kewartawanan negara.

“Malaysian Press Institute mahu dikenali sebagai institusi yang memberikan latihan yang tepat kepada dunia kewartawanan,” katanya.

Beliau berkata MPI akan menjadi jambatan yang menghubungkan pelajar dan bakal pengamal media dengan industri sebenar.

“Sangat penting untuk MPI menjadi jambatan supaya dunia kewartawanan Malaysia boleh mara ke depan.”

Foto Channel 10

Pelajar universiti perlu diperkaya dengan pengalaman praktikal, bukan hanya teori. Kami mahu diiktiraf sebagai institusi yang memberi manfaat kepada dunia kewartawanan dan menjadi titik rujukan utama dalam industri ini,” katanya.