
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) disaran mempertimbangkan supaya individu berumur 60 tahun ke atas diberikan kelayakan automatik untuk menunaikan haji melalui pakej muassasah.
Beberapa ahli Parlimen berpendapat, sistem pendaftaran haji ketika ini memerlukan warga emas yang tidak tersenarai dalam giliran haji tahun semasa membuat rayuan dan jika permohonan diluluskan, perlu membayar bayaran haji penuh iaitu RM33,300.
“Kalau mereka (warga emas) ini nak merayu, mereka kena bayar lebih. Jadi apa yang dicadangkan mereka tak perlu untuk mereka rayu, beri kelulusan automatik apabila umur 60 tahun ke atas (dapat giliran haji) dan pergi dengan muassasah.
Tak perlulah sampai kena tambah berbelas ribu, kata mereka.