
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek semalam menyalurkan sumbangan Iftar Madani dan penganjuran pelbagai aktiviti ibadah RM105,000 kepada 21 masjid dan 63 surau di Parlimen Nibong Tebal.
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal dalam kenyataan memaklumkan, masing-masing masjid menerima sumbangan RM2,000, manakala surau sebanyak RM1,000.
Fadhlina berkata, beliau sentiasa komited dengan usaha untuk meningkatkan syiar Islam di Nibong Tebal.
“Sebagai contoh, sepanjang 2025, sebanyak RM750,000 diperuntukkan bagi tujuan naik taraf masjid dan surau di seluruh Parlimen Nibong Tebal.
“Selain itu, kerja naik taraf masjid dan surau yang sudah siap dilaksanakan merangkumi pemasangan karpet baru serta naik taraf ruang solat dan tandas.
“Terkini, surau sementara di tapak pembinaan masjid Taman Halaman Indah, iaitu Surau Al Munauwwarah siap sepenuhnya dan sedia untuk digunakan oleh penduduk pada bulan Ramadan ini,” katanya.