
Jepun dan Malaysia menandatangani memorandum persefahaman bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang pertanian yang membabitkan beberapa syarikat dari kedua-dua negara.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata perjanjian yang dimeterai di Osaka, Jepun itu bakal membabitkan pelaburan lebih RM25.5 juta.
Menurutnya, ia tidak sahaja akan menjana ekonomi malah memperkukuhkan daya tahan sistem makanan negara.”Pertanian bukan kerja orang kampung semata-mata. Ia adalah masa depan negara,” katanya.