
Model pendidikan tinggi Malaysia terus menjadi rujukan serantau seperti Asean bersandarkan kepada dasar inklusif serta perancangan yang baik dari segi pelaksanaan.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, berkata kecemerlangan sistem pendidikan tinggi negara juga terbukti apabila tujuh daripada 10 universiti terbaik Asean adalah dari Malaysia.
“Saya tak mahu buat perbandingan itu dengan anggota-anggota Asean,” katanya.
Katanya, paling mustahak ialah pengiktirafan anggota Asean terhadap kecemerlangan pendidikan tinggi Malaysia yang sudah mencapai penarafan antarabangsa.