Model baru Proton Saga baru RM30,990 -RM49,990

Foto Malay Mail

KUALA LUMPUR: Proton Saga Serba Baru dilancarkan sebagai model kereta rakyat ikonik dengan teknologi pintar, kejuruteraan lebih halus dan ciri pemilikan mampu milik bermula RM38,990 hingga RM49,990.

Pratempahan dibuka pada 10 November lalu dan pelancaran ini mengukuhkan komitmen Proton rtonuntuk memastikan mobiliti moden dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Pengerusi Proton, Tan Sri Syed Faisal Albar, berkata pelancaran Saga Serba Baru disifatkan sebagai detik penting dalam sejarah Proton apabila model itu bukan sekadar kenderaan baru, tetapi lambang jati diri syarikat yang kembali kepada akarnya.

Sejak 1985, Saga sudah terjual lebih dua juta unit 1985 dan ia tetap menjadi kereta rakyat yang dekat dengan kehidupan guru, jururawat dan masyarakat umum; bukti bahawa kemajuan tidak harus datang dengan harga yang membebankan.

Model terbaru itu ditawarkan dalam tiga varian Standard, Executive dan Premium bersama lima pilihan warna menarik iaitu Marine Blue, Space Grey, Ruby Red, Armour Silver dan Snow White.

Dibangunkan menggunakan Platform Advanced Modular Architecture (AMA) terkini, Saga Serba Baru adalah pertama yang direka bentuk, dibangunkan dan disahkan sepenuhnya di Malaysia, dengan sokongan teknikal daripada Geely .

Model ini dikuasakan enjin i-GT 1.5 baru dipadankan dengan Transmisi Variabel Berterusan (CVT), menawarkan pengalaman pemanduan lancar dan efisien dengan penggunaan bahan api serendah 4.9L/100 km (MDC).

Sistem Stereng Berkuasa Elektrik (EPS) meningkatkan kawalan, manakala talaan pengendalian Proton memastikan pemanduan lebih stabil dan selesa.

Dari aspek keselamatan, Saga Serba Baharu dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang merangkumi sembilan fungsi keselamatan pintar, enam beg udara serta struktur keselamatan Proton Reinforced Safety Structure (RESS) dengan komponen Hot Press Forming (HPF).

Proton turut mengumumkan harga pelancaran istimewa bagi tiga varian utama bermula daripada RM37,990 bagi varian Standard, RM43,990 bagi varian Executive, manakala varian Premium ditawarkan pada RM48,990.

Tawaran harga selepas rebat itu berakhir 31 Disember 2025 dan hanya boleh didapati di Semenanjung Malaysia.