
SHANGHAI: Sasaran jualan sebanyak RM3 bilion disasarkan pada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2025 (MIHAS @Shanghai 2025) di sini, iaitu meningkat RM500 juta berbanding sebelumnya.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin sasaran berkenaan boleh dicapai berikutan potensi besar produk halal negara yang dipasarkan di China.
“Melalui 20 premium buyer (pembeli premium), mereka bukan saja pemborong, tapi yang memasarkan produk-produk Malaysia melalui ekspo ada pada hari ini.
“Pada hemat saya, sasaran oleh Pengerusi MATRADE (Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia) iaitu RM2.5 bilion itu terlalu kecil. Itu sebab saya meletakkan sasaran lebih daripada itu (RM3 bilion) dengan usaha bersungguh-sungguh dilakukan ,” katanya ketika merasmikan MIHAS@Shanghai 2025 di Pusat Pameran dan Konvensyen Nasional NECC Shanghai, di sini, semalam.
MIHAS @ Shanghai diadakan bersempena penyertaan Malaysia dalam Ekspo Import Antarabangsa China CIIE ke-8 yang bertujuan mempromosi industri halal negara di pasaran global.