Menteri Akui Kekurangan Jururawat Kritikal

Foto Bernama

Kementerian Kesihatan mengakui negara berdepan kekurangan jururawat yang kritikal dan sedang mengambil langkah menanganinya termasuk meningkatkan jumlah pelatih.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata kekurangan itu menjadi isu utama dihadapi kementeriannya berbanding digitalisasi.

“Isu kekurangan jururawat satu realiti yang kementerian hadapi secara berterusan. Kami ambil pelbagai pendekatan, antara lain meningkatkan jumlah pelatih ke paras 1,000 orang, namun ia masih tidak dapat menampung kekurangan.

“Kementerian menghadapi kesukaran untuk dapatkan jururawat kerana perjawatan ada, cuma tiada yang mahu. Berikan kami sedikit masa menangani isu ini,” katanya.