
Tunku Mahkota Johor (TMJ) kecewa dengan sikap segelintir pihak yang masih gagal menghargai pencapai JDT.
Dalam hantarannya di Instagram, TMJ menyifatkan masih wujud mentaliti kolot dan penolakan terhadap pendekatan moden serta profesional yang diterap oleh JDT.
“Kita tersekat dengan orang bodoh yang tak dapat beza 12 tahun pecah rekod dan cipta sejarah dalam dan luar padang. Tapi masih tak sedar,” katanya.
TMJ juga berkata, bolasepak Malaysia tidak sehaluan dengan visi dan piawai yang dibawa JDT, malah menyifatkan persekitaran bolasepak negara tidak bersedia menerima perubahan menyeluruh.